Thursday, December 9, 2010

langKAH

bila kaki ini melngkah..
langkahnya longlai tidak bermaya..
tanpa sebarang ingatan..
kejadian semalam..
membawa air mata yang mengalir tanpa hentinya..
tidak mampu menahan hanya kepadaNYA berserah diri..
sujud menghadapNYA tnpa bicara..
hati yang terdetik layu setitis permata..
rasa kecewa titisan menitis kerna perit tertikam mata pisau sendri..
langkah ingin memperbaiki dri..
untuk mendapat yang terbaik buat diri..
dengan ketentuan ilahi..
kipas yg berpusing pabila suis d hidupkn tidak berputar berlawanan arah walaupun ribut di luar rumah.,
menumbangkan pokok berbatang besar..
berbuah lebat..
berdaun hijau melebat..
pengertian satu keperitan..
hanya sendiri yang tahu..
tiada ada permata yang gugur dikhalayak ramai..
tiada saudara manusia yang tahu bicara jiwa..
kerana senyuman manis di luar terukir indah..
seindah senja menerjah jiwa..
lautan ombak memukul jiwa..ingin sekali menjadi karang..
ingin sekali menjadi rumput..
ingin sekali menjadi pokok kelapa..
bisa mngoncang segala isi di dada..
bisa merobek permata jiwa..
ENGKAU teguhkan la  jiwa-jiwa bergelora..
tenangkan la minda terseksa..
ENGKAU teguhkan la hati yang mengalirkan tangisan keperitan ujian..
kuatkan iman meniti titi yang tidak kekal..

jANgan JAdi RObot..




bissmillahirrahmsnirrahim....mulakan segalanya dengan nama NYA..
cuti da berapa hari berlalu..tidak balik sabah huhu sedih tapi ok la..hehe..
aku terjumpa senaskah buku...eh jap..kenapa tidak di gelar sebuku??enth la..
da2 mari kita selami buku tu..buka pnya buka nah aku jumpa 1 bnda yg sngt brfaedah(dalam buku ni pn semua berfaedah)..
main point nya REHAT...rehat ada 2..
rehat sebentar dan rehat panjang..tp untuk apa semua rehat ni??
hehehe lupa pula..rehat ni utk pelajar eh mo advance lg student..

rehat sebentar ni adalah rehat selama 10 minit selepas belajar@menelaah buku selama sejam..tp ingt 10 minit saja..(tapi aku kalau rehat lepas sejam bljar bkn 10 minit kdng2 sampai 100 minit..akakaka..kena ubah ni)

itu rehat sebntar rehat pnjang pula mcm namanya jg PANJANG..tp sepanjang mana?sehari 2 hari setahun??tidak la panjang betul..rehat ni 30 minit atau sejam selepas 3 jam maraton (ingat movie ja ada maratonn??kekeke) tapi dalam maraton tu kena ada jg rehat sederhana setiap selepas sejam berlajar..bt senaman ringan..tapi sebaik-baik senaman adalah solat..hehe(da masuk waktu kalau belum solat p solat kalau da p la cari cara lain bt pngisisan yaaa)..
hehe da tiba masanya rehat jom rehat...

Monday, December 6, 2010

selamat tahun baru!!!


Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
 
Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

   Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.