Monday, February 27, 2012

soalan dan jawapan

sibuk ka penyibuk??.. -.-' aku sendiri tidak tau..yang aku tau aku teramat sibuk....indahnya jikalau kesibukan untuk dunia aku seiring dengan kesibukan untuk akhirat aku... T.T (teringat dengan zaman 18 n 19 tahun aku  d matrik...rindu T.T)
...................................
soalan untuk diri sendiri...
1) apa yang menyibukkan diri aku???adakah hal dunia atau pun akhirat?
2) apakah tujuan hidup aku??
3) pastikah syurga buat aku??layak ka aku??
4) apa sumbangan aku kepada agama??

.................................
jawapan kepada soalan sendiri...
1) T.T
2) T-T
3) T~T
4) T_T

"bubut (kejar) la punca cahaya, jangan sesekali membubut (mengejar) bayang-bayang.."

Wednesday, February 22, 2012

BERSABAR la WAHAI jiwa

kenapa mengeluh wahai jiwa?
keluhan mu siapa yang mendengarnya?
lontaran keluhan mu ada dimana?
adakah tempat keluhan mu itu di tempat yang benar?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabardan berpegang teguh kepada agama Allah).
al Baqarah ayat 214..

Saturday, February 11, 2012

BERhenti sejeNAk dan FIkirkan

aku yang sememangnya tidak layak..

apa kata jiwa
bila kata membuat jiwa berhenti lalu bertanya
akal akan berfikir kala muncul persoalan
kembali kepada titik jawapan....


Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:
 
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.
terjemahan sahih muslim,KITAB ILMU, 
Bab Pada Akhir Zaman Ilmu Islam Akan Dihapuskan Dan Diambil Oleh Allah s.w.t Lalu Timbullah Kejahilan Dan Berbagai Fitnah, 4828

Saturday, February 4, 2012

sejak BilA?

bila?..sejak bila?..suatu persoalan yang mungkin seringkali timbul bilamana memikirkan sesuatu benda..bila ianya menjadi milik kita?..sejak bila?
tidak ada benda yang pernah menjadi milik kita..dan ianya hanyala pinjaman bagi kita..

Wednesday, February 1, 2012

AkU MAu KAWen


Hadis Saad bin Abu Waqqas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w melarang Othman bin Maz'un untuk membujang. Seandainya baginda merestuinya, pasti kami akan membujang.
bab nikah, terjemahan sahih muslim,2488.

woo kahwin~~siapa yang tak mahu kahwin betul tak..semua orang pasti mengidam-idamkan sebuah keluarga yang bahagia dengan penuh keberkatan dan keredhaan dari tuhan yang maha ESA....
*aku pn mau kawinnnn~~~~ 




begitu mudahnya sesebuah perkahwinan di susahkan pula dengan ADAT itu dan ini...
pemikiran melayu (kebanyakan sahaja) sudah dicemari sejak dulu lagi....pegang sangat dengan peribahasa mereka biar mati ANAK jangan mati ADAT... berapa tingginya pangkat ADAT bagi masyarakat melayu berbanding ANAK yang juga adalah amanah dan juga insyaAllah menjadi
ASET MASUK SYURGA....
ANAK adalah ASET MASUK SYURGA...
ANAK adalah ASET MASUK SYURGA.....

.......................................................................................
dialog yang biasa dikedangaran
.......................................................................................
isteri: abang emmm..rasa-rasanya nak anak berapa?
suami: nak 1 team bola baru meriah..hehehe..lepas tu boleh ganti safee sali, KFCM blabla...
isteri: gila ka apa abang ni..pikir sayang ni kilang pemprosessan  anak ka??(suara manja yang tekejut)
suami: hehehe...
isteri: kalau nak abang beranak la sendri..

eh tau pula beranak itu bukan senang...tapi tetap juga sanggup mati ANAK dari mati ADAT....

..........................................................................................................
latar belakangkan di dapur semasa si anak membantu mak goreng ikan
...........................................................................................................
si anak:  mak adik rasa la..
mak:      rasa apa???rasa tak masak lagi ikan tu??
si anak:  bukan la ma...adik rasa la da sampi seru da..
mak:      ya Allah..bawa-bawa mengucap nak..istighfar..adik masih muda lagi..belajar pun tak habis lagi...nanti    
             nak bagi anak orang makan apa??
si anak:  ala mak rezeki semua da di tentukan oleh yang maha ESA..
mak:       adik...kahwin bukan benda boleh di bawa main tau...
si anak:  emmm...
mak:      nak kahwin kena ada paling kurang 10k keatas..nak bt itu ini..nak tempah itu ini....mn adik nak cari?

baguskan mak kita sentiasa mengingati kita untuk ingat kepada yang ESA...
tapi tiada pula dalam rukun nikah dalam islam kena ada 10k dan keatas...tiada juga dalam rukun tersebut yang mewajibkan pelamin..baju pngantin sampai 3 4 pasang...tiada juga islam mewajibkan perkahwinan kena 5 star...tema itu..tema ini....tidak pernah kedengaran para ustaz menyebut rukun nikah selain dari:

1- calon suami
2- calon isteri
3-wali
4-saksi
5-ijab dan kabul
*p/s: ada tak yang pernah dengar selain dari ni..jika ada sila kongsi =)

mengapa masyarakat kita suka  buat yang lebih-lebih yang juga akan menyukarkan untuk menyempurnakan agama itu sendri walaupn sebenarnya bukan sesuatu yang sukar dilaksanakan??

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: 
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.
terjemahan sahih muslim, kitab nikah, Bab Galakan Supaya Berkahwin Kepada Orang Yang Terlalu Ingin Berkahwin Dan Telah Mempunyai Perbelanjaan Iaitu Saraan Hidup. Sementara Orang Yang Tidak Mempunyai Perbelanjaan Iaitu Saraan Hidup Hendaklah Selalu Berpuasa,2485.

Sunday, January 29, 2012

"MUNGKIN" & "PASTI"

si A : "setiap kejadian yang berlaku semalam MUNGKIN ada hikmah disebaliknya"

si B: "setiap kejadian yang berlaku semalam PASTI ada hikmah disebaliknya"

dua dialog yang HAMPIR SAMA tapi SANGAT BERBEZA....

dan setiap kejadiaan yang berlaku PASTI ada hikmah disebaliknya yang MUNGKIN kita tidak pernah tahu atau sadar...

maaf..

Tuesday, January 24, 2012

pokok..

ilmu...ya ilmu...bila di tanya ilmu itu apa?...pelbagai jawapan dan juga pandangan dari orang ramai..1001 makna ilmu bagi mereka...apa tujuan ilmu??kenapa menuntut ilmu??

pokok yang kurang daunnya namun lebat buahnya adalah lebih elok berbanding pokok yang lebat daunnya tapi tidak berbuah..namun paling elok adalah pokok yang lebat daun dan buahnya...
sumber: google

hargailah ilmu walaupun sekecil zarah...=)